|
Event:
Muzikal Gamat
Date:
3,4,11 October 2009, at 3 p.m.
3-8, 11-12 October 2009, at 8.30 p.m
Venue:
Panggung Sari, ISTANA BUDAYA,
Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tickets:
RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150 * RM20 (Matinee)
Contact:
Tel: 017-366 8260
Email: kassimleemy@yahoo.com
Description:
Dilakonkan hampir 90 pelakon. Antaranya, Safura Ya'cob, Zuhairi Ibrahim, Avaa Vanja, Adibah Noor dan ramai lagi.
Tarikh Persembahan
4 – 12 OKTOBER 2009
(TIADA PERSEMBAHAN PADA 9 & 10 OKTOBER 2009)
Masa Persembahan (Malam)
8.30 Malam ( 4 - 12 OKTOBER 2009)
Masa Persembahan Matinee (Petang)
3.00 Petang (PADA 4 & 11 OKTOBER SAHAJA)
Tempat Persembahan
Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket
RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150
RM20 ( Matinee – 4 & 11 Oktober sahaja)
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel: 03-4026 5558
Waktu Operasi:
9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja)
9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
CTRA PRODUCTION
Tel: 03-6186 6592, 017-871 6060, 012-297 7220
Laman Sesawang
www.muzikalgamat.blogspot.com
Pembelian Tiket (Online)
www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600
SINOPSIS:
Kehidupan di dunia yang semakin ‘sakit’ dan tercemar menjadi intipati kepada persembahan ini. Begitu juga pengamalan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serta menghindari penyakit dan isu pencemaran alam sekitar.
Muzikal Gamat mengisahkan tentang suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).
Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan pengikutnya, iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Kurita teramat marah dan semakin sakit.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui kembali anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari anaknya pelbagai peristiwa berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat, termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Dia turut terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan binatang lain yang sedang sakit. Ada yang sakit akibat obesiti, banyak merokok dan minum arak. Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.Dilakonkan hampir 90 pelakon. Antaranya, Safura Ya'cob, Zuhairi Ibrahim, Avaa Vanja, Adibah Noor dan ramai lagi.
|